TENGKU NUR DAMIA AQILAH BINTI RAJA MOHD ZALI SMK AYER LANAS
Moringa oleifera, juga dikenal sebagai pohon kelor atau di Kelantan dikenali sebagai pokok Mongga merupakan tanaman serbaguna yang kaya nutrisi dan memiliki banyak manfaat kesihatan. Daun moringa mengandung vitamin A, C, E, kalsium, potasium, dan protein yang tinggi dan minyak moringa juga memiliki sifat anti-inflamasi dan antibakteria. Ekstrak daun moringa dapat membantu menurunkan kadar gula darah dan sangat bermanfaat bagi pesakit diabetes. Selain itu juga ia mampu menurunkan kadar kolesterol, mengurangi risiko penyakit jantung. Moringa popular dalam pengubatan tradisional untuk mengatasi masalah pencernaan, diabetes, dan malnutrisi. Moringa mengandungi pelbagai polifenol, termasuk myricetin dan rutin, yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser.