JG399: Tansformasi Lampu Hari Raya Menggunakan Teknologi STEM

MOHAMAD SYAHRIL FITRI BIN SYAMSOL RIZAL SK Bandar, Kota Tinggi

iSIIDFCT | Junior Innovator

CR: 0.0000 | 0 Likes | 6 Views | 46 times | LS: 46.0
Like it? | Support them now!

Projek ini terhasil apabila seorang murid sedang menyanyi lagu hari raya di hadapan rumahnya yang dihias indah dengan lampu yang terang. Seorang rakan telah menyapanya. Mereka saling mengucapkan selamat hari raya dan berkongsi kegembiraan masing-masing. Murid pertama bertanya tentang lagu yang dinyanyikan dan menawarkan idea inovatif untuk membuat lampu-lampu lebih meriah dengan mengintegrasikan teknologi yang dapat mengikuti rentak lagu. Mereka kemudian bersama-sama menyanyi sambil menikmati keindahan lampu yang berwarna warni. Murid pertama menjelaskan bahawa mereka menggunakan peranti teknologi canggih, termasuk papan litar Rekaedukit, meter upaya (potentiometer), serta LED pelbagai warna dan LED satu warna. Mereka menekankan bahawa projek inovatif ini didasarkan pada tema dari Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke-4, iaitu Pendidikan Berkualiti, yang mempromosikan pembelajaran STEM dan kreativiti dalam pendidikan.