NUR ERNA AMIRA BINTI MOHD RAWI SMK AYER LANAS
Marshmallow adalah makanan ringan mempunyai tekstur gebu lembut yang dibentuk pelbagai rupa serta ada pelbagai aroma dan warna. Ia dihasilkan dengan mencampurkan bahan pemanis seperti gula atau sirap jagung bersama putih telur, gelatin, gam arab dan bahan perasa yang dikacau hingga kembang.Gula-gula ini disukai semua lapisan umur di mana ia boleh dimakan begitu sahaja, dipanggang di atas api unggun, dimasukkan ke dalam minuman (coklat panas bersusu, café mocha), dibuat kuih dan gula-gula. MARSHMALLOW JACK FRUIT STICK di cipta untuk mempromosikan makanan yang berkhasiat di kalangan kanak-kanak terutamanya. Manfaat Buah Nangka untuk Kesihatan adalah menghalang radikal bebas, mengoptimalkan fungsi kekebalan tubuh, mencegah kerosakan sel DNA, menyihatkan pencernaan dan menjaga kesihatan kulit. Resepi ini menggunakan jerami nangka adalah kerana untuk mengelakkan pembuangan yang sia-sia sedangkan jerami itu boleh digunakan dalam makanan.