NV367: E-SMART UJK

NURHASLINDA BINTI YAAKUB POLITEKNIK BAGAN DATUK

iSIIDFCT | Novice Innovator

CR: 0.0625 | 1 Likes | 16 Views | 50 times | LS: 51.1
Like it? | Support them now!

Pengurusan maklumat yang merangkumi kaedah penyampaian, penerimaan dan pemprosesan maklumat memberi kesan kepada sesebuah tindakan serta hasil tugas yang akan dilaksanakan. Ianya merupakan perkara pokok yang harus dititikberatkan di semua bidang pekerjaan. Politeknik Bagan Datuk (PBD) melalui Unit Jaminan Kualiti (UJK) juga tidak terlepas daripada perkara ini namun ada beberapa isu dan kekangan yang perlu diatasi bagi memastikan pengurusan maklumat di PBD dapat diurus secara berkesan dan sistematik. Isu kesukaran mendapatkan maklumat bagi pelaksanaan sesuatu tugas sering kali dikaitkan dengan kegagalan sistem penyampaian di sesebuah institusi. Hal ini menyebabkan para pegawai gagal memahami prosedur kerja yang betul sehingga berlaku kesilapan serta kelewatan dalam menyelesaikan tugasan. Menyedari kemelut tersebut, kumpulan SMART Captain telah membangunkan laman e-SMART UJK yang berfungsi sebagai pusat sumber maklumat secara atas talian yang bertujuan untuk menyelaras semua dokumen maklumat dan memudahkan capaian oleh kakitangan Politeknik Bagan Datuk (PBD) melalui pemantauan Unit Jaminan Kualiti (UJK). Laman yang dibina menggunakan platform Google Sites ini, telah melalui fasa-fasa pembangunan sistem yang lengkap bermula dengan fasa analisis, fasa mereka bentuk laman, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan, dan fasa penilaian. Hasil daripada kajian yang telah dilaksanakan, kebolehgunaan sistem e-SMART UJK dari aspek kefungsian, kecekapan, keselamatan dan kepuasan pengguna telah memperlihatkan potensi yang baik dalam mempercepatkan dan mempermudahkan proses kerja dalam organisasi. Bahkan ianya lebih responsif, kemas, dan mudah dicapai melalui pelbagai peranti sama ada desktop, tablet atau telefon mudah alih tanpa sebarang had masa dan tempat. Pembangunan e-SMART UJK merupakan sebahagian komitmen UJK dalam usaha menambah baik kualiti penyampaian seterusnya mengukuhkan imej Politeknik dalam mendepani Revolusi Industri 4.0.